Monday, August 2, 2010

incubator automatic
















































Terima kasih kerana sudi membaca penerangan produk kami..

Anda juga dinasihatkan untuk membuat kajian tentang perniagaan ini dan harga semasa ikubator serta harga anak unggas semasa sebagai satu dorongan..Anda adalah kepala MLM..yakni hanya anak buah @"downline" sahaja yang membuat kerja..
Pihak kami berharap anda tidak mengemukakan soalan seperti..di mana nak jual anak unggas tersebut?
sebabnya dalam sistem MLM pon diorang takkan tanya nak jual barang kat sapa..tobat jual kat manusia jugak..ya manusia jenis apa yang nak beli..itu harus punyai minat..

Produk kami Mesin Penetasan Telur Otomatik dan Mesin Penetasan Telur Kaedah Manual

Sebagai sahabat dan kenalan anda..kami akan membantu anda dan berkongsi rezeki bersama dalam memajukan bidang ini..harga adalah dijamin lebih murah dari yang ditawarkan oleh mana2 usahawan..kami hanya mengambil modal barang dan sedikit upah buruh sahaja..
Harga Mesin Penetasan Telur Kaedah Manual bermula dengan harga lebih kurang RM 300 dan untuk Mesin Penetasan Telur Otomatik bermula dengan harga lebih kurang Rm 1500-Rm3000
Untuk pertanyaan, maklumat dan harga sila hubungi tcniaga@aol.com


Dengan produk kami, anda tidak lagi perlu menyertai sistem MLM kaedah lama..mari kita jadi kepala bapak MLM..downline kita ialah hasil telur yang menetas..lumayan....
Anda hanya perlu beli Produk kami dan hanya perlu masukkan telur unggas sahaja..kemudian tuai sahaja mengikut hari penetasannya..kerana ianya adalah otomatik..ya ..Unggas yang berjaya ditetaskan itulah merupakan "downline anda"..anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari "downline" lagi..

Selain itu, Produk kami hanya mahu pengkeras "sumber elektrik dan air bersih sahaja".

Kami telah membinanya berdasarkan pengalaman2 semasa bekerja di Industri dan bidang pengajian masing2..
Anda juga perlu tahu, produk ini tidak memerlukan alat gantian yang mahal kerana tidak menggunakan PLC..Jangan bimbang dengan alat gantian..Kami tahu, anda bukannya pengilang yang memerlukan teknologi robotik, pneumatik, hidraulik dan lain2 yang takut didengar.


Tidak perlu tanah
Tidak perlu cari downline
Tidak perlu makmal
Tidak perlu ruang besar
Tidak perlu tinggalkan keluarga dan anda mempunyai lebih masa terluang bersama keluarga.
Tidak perlu bersusah payah untuk menyakinkan bakal pembeli untuk membeli produk anda sehingga tekak kering dan air liur yang menyembur

Mari kita kita buat kajian sebentar dengan hasil mesin tersebut..apa yang anda mampu jual..
anda mampu menjual "downline" @ anak unggas anda :)

Sebagai contohnya :-
Harga anak Itik Khaki Campbell = RM 3.50/ekor.
Harga anak ayam Kampung = RM 3.00
Harga English budgie = Rm100 - Rm300 seekor manakala budgie biasa cuma Rm25 -Rm40 seekor.
Harga anak ayam piru berperimgkat 1>2 minggu Rm 7 seekor 2>3 minggu Rm 13 seekor 3>4 minggu Rm 17 seekor. Ayam piru dewasa. RM 18 per kg
Telur biawak iguana, murai gila, merbok, tekukuq, pokkey, ular tedung, ular kapak, anak boya pon boleh..

Embrio telur pon ada orang cari..khas untuk pembuatan Bahan Baja Organik ..Mikroorganisma Berguna.

Selain itu, kita juga mampu memberikan sumbangan kepada pembiakan unggas yang pupus..mari kita biakkan kembali unggas yang pupus..supaya dapat dilihat oleh generasi akan datang..
Yang paling penting ialah kita mampu memecahkan monopoli anak unggas ..insyallah dimasa hadapan harga daging unggas adalah lebih murah dari sekarang kerana harga benih adalah murah..

Ayuh, bila lagi kita nak bisnes di rumah?



Renung2kan ...
Harga Untuk Otomatik : RM 1500 ><><>Menerima tempahan mengikut spesifikasi pengguna
(Customed-order)
- Perunding sistem penetasan.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi tcniaga@aol.com

Produk ini merupakan harga padan..alatan elektronik,elektrik dan lain2 mencecah hampir bawah RM 2000.00..keuntungan bukan masalah dan matlamat kami..
Kami hanya mahu anda semua bersatu dalam menyediakan benih unggas demi melawan pemonopoli yang sedia ada...Mereka ini selalu bermain harga @ tarik tali..kita mampu memangkas mereka dalam pemonopolian selama ini..kita mampu menurunkan harga benih unggas pada masa hadapan.

Ayuh..Mari kita bangkit dalam membangunkan aktiviti perniagaan..Kami mempunyai rangkaian tersebut..mahu buat baja kimia? baja organik? buat gula? jual pakaian? buat dedak? semua ada..

Ayuh mari kita Jana ekonomi negara kita ke arah negara yang lebih maju dari sekarang..negara kita tidak sepatutnya berada di takuk sekarang ..sepatutnya adalah lebih maju..
Jangan lupa baca buku "Konsep Keusahawanan Islam"..
Jadikan perniagaan itu sebagai satu ibadah..bukannya makan hasil keringat downline..

“Tidak ada makanan yang dimakan seseorang yang lebih baik dari makanan yang merupakan usaha tangannya sendiri. Karena Nabi Allah Daud makan dari hasil usaha tangannya sendiri.” (HR. Bukhari)

Amin..

AS 10 (S) Duck Egg Setter
Ukuran : 82.5 x 57.5 x 125 cm
Beart : 80kg
Kapasiti telor itik : 1,000 biji Harga : RM22,000.00


Tips dan petua dari : http://shawnagrofarm.wordpress.com/2009/07/23/kejayaan-menetaskan-telur-dengan-inkubator/

Tidak semua telur yang dimasukkan ke dalam inkubator akan berjaya ditetas. Bagi pengusaha yang baru belajar menggunakan inkubator, sudah pasti mudah berputus asa dan menyalahkan inkubator. Sebenarnya, bagi pengusaha-pengusaha baru, jika 40%-60% telur berjaya ditetas, sudah memadai untuk dikatakan sebagai berjaya!

Bagi yang telah berpuluh-puluh tahun berkecimpung dalam bidang ini, belum tentu mereka dapat menetaskan 100% telur-telur tersebut.Betul tak?

Daripada perkongsian maklumat bersama pengusaha-pengusaha didapati beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk memaksimakan peratusan tetasan telur.

Antaranya ialah:

1.Telur mestilah bersih, kering dan bebas hama. Telur yang kotor dan basah dikhuatiri takkan menetas. Kalau boleh cuci kulit telur sampai bersih dengan kain kesat atau kertas pasir halus tapi pastikan tidak digosok terlalu kuat hingga retak atau kulit menjadi nipis.Kalau tuan-tuan pernah tengok telur kotor & basah yang boleh menetas tolong beritahu saya!
2. Telur tidak boleh dibiarkan lebih seminggu dari tarikh telur keluar dari rahim ibu ayam. Kalau tuan-tuan pernah berjaya tetaskan telur yang terbiar lama sila maklumkan kepada saya!

3. Kedudukan inkubator mestilah di tempat yang tertutup supaya suhu persekitaran terkawal. Bebas dari pancaran matahari dan tiupan angin. Bayangkan inkubator itu seperti ibu ayam yang sedang mengeram. Sudah tentu dia tidak suka mengeram di tempat yang terang dan terbuka. Betul tak?

4. Pastikan inkubator bebas daripada kuman,hama dan seumpama dengannnya.

5. Set suhu pada termostat hingga bacaan termometer berada antara 38-40 C sebelum memasukkan telur. Julat yang terlalu besar kurang bagus. Seeloknya lampu terpadam bila suhu naik sehingga 40 C atau turun sehingga 38 C.

6. Kelembapan inkubator perlu dikawal. Inkubator manual yang menggunakan bekas air untuk mengawal kelembapan perlu sentiasa mempunyai air. Kereta kita pun perlukan air bateri kan? Kalau air bateri kering apa akan jadi?

7. Peneropongan telur perlu dibuat pada hari ke-3, ke-14 dan ke-18 untuk memastikan berlakunya persenyawaan. Boleh dibuat secara manual dengan meneropong dengan “torch light” di tempat gelap. Kalau nampak ada urat-urat merah tu, INSYAALLAH tanda-tanda kejayaan!

8. Telur perlu diputar sekurang-kurangnya 3 kali sehari bagi memastikan embrio tidak melekat pada kulit dan keseluruhan telur mendapat kepanasan yang sekata. Kalau rajin, boleh alih setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik kerana ada penternak yang mendapat penetasan telur 90% dengan cara ini. Telur tidak dialih pada hari ke-18 dan pastikan bahagian merekah berada di atas kerana waktu itu anak ayam dah mula nak keluar. Kalau alih nanti takut cecair tumpah.

9. Kadangkala kita tengok ibu ayam meninggalkan telur tanpa dieram selama beberapa ketika untuk cari makan atau berguling-guling di atas pasir. Tingkahlaku tersebut ialah untuk mendinginkan telur. Kita boleh meniru aksi tersebut dengan membuka inkubator selama 10-15 minit atau keluarkan telur tersebut untuk diteropong.

10. Menjelang hari ke-18, kelembapan perlu ditambah untuk memudahkan pemecahan cengkerang.

11. Bila anak ayam dah keluar, ia perlu dibiarkan sehari semalam tanpa makan dan minum di dalam inkubator untuk mengeringkan bulunya sebelum dialih ke kotak D.O.C (Day of Chicken) yang dipasang lampu sebagai sumber pemanas. Boleh guna lampu 5 watt.

No comments:

Post a Comment